Wednesday, July 1, 2009

PERBEZAAN PENDAPAT DALAM SAINS DAN QURAN

Quran Dan Sains.
..
Dalam sejarah Islam, perbezaan pendapat amat diraikan. Dengan perbezaan pendapat tersebut maka muncul ide-ide baru yang mampu membangunkan umat. Kemunculan mazhab-mazhab fekah Islam merupakan menefestasi ruang perbezaan pendapat dalam Islam.
.
Perbezaan Pendapat Tentang Quran Dan Sains
.
Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa pendekatan mengaitkan Al Quran dengan sains seolah-olah 'membenarkan' Al Quran dan dilabelkan sebagai Bucailleism berdasarkan buku karangan Dr. Maurice Bucaille 'Le Bible Le Quran Le Modern Science .Padahal buku itu membandingkan ayat-ayat sains didalam Bible dan Al Quran dan beliau mendapati ayat sains dalam Al Quran tidak bercanggah dengan penemuan- penemuan sains dan tidak mungkin seorang manusia yang ummi dan hidup di kurun ke6 Masihi mampu menghasilkan kitab sehebat Al Quran.Kesimpulannya kata beliau Al Quran itu tidak ragu lagi Ia dari Tuhan yang Esa dan oleh itu Islam itu Agama yang Benar lalu beliau memeluk Islam. Apakah pendekatan ini untuk mencari kebenaran di anggap tidak betul lalu dilabelkan sebagai Bucaillisme. Pertanyaan yang ingin diajukan kepada mereka yang berfikiran seperti ini ialah bagaimana seharusnya kita menerangkan ayat-ayat yang berkaitan alam yang terdapat melebihi dari 750 ayat ini? Adakah ia hanya dibiarkan begitu sahaja? Adakah ia perlu dijelaskan menerusi kefahaman mitos Yunani atau Israeliat seperti yang terdapat dalam sesetengah kitab Tafsir? Adakah ayat-ayat ini bukan ayat yang berkaitan dengan sains?Adakah kitab Al Quran tidak sesuai sepanjang zaman dan tidak selari dengan ketamadunan manusia?Adakah ilmu sains bukan dari Allah?Adakah kita perlu takut padahal Allah berjanji bahawa Dialah yang akan memelihara AlQuran.Sesungguhnya AlQuran tidak berubah dari dulu hingga sekarang malah selama-lamanya tetap terpelihara dan relevan sepanjang zaman.
.
Tulisan-Tulisan Tentang Quran dan Sains.
.
Penulisan-penulisan tentang Quran dan Sains bukan dimulakan oleh Murice Bucaille. Murice Bucaille sendiri mengakui bahawa dia belajar dari penulis-penulis lain. Sarjana-sarjana Islam berbangsa Arab yang kebanyakan ahli sains yang mutadayyin (agamawan) banyak menulis tentang Quran dan Sains. Mengapa mereka?. Mereka ini ahli sains dan apabila mereka membaca al-Quran, mereka nampak dan faham ayat-ayat kauniyyah (ayat berkaitan dengan alam) yang dinyatakan dalam al-Quran itu benar-benar seperti apa yang mereka tahu menerusi kajian mereka. Di antara mereka ialah Professor Dr Zaglol el-Najjar, Sheikh Abdul Majid az-Zindanee (yang mengasaskan Universiti Iman di Yaman), Professor Shamsir Alam (d Ahli Fizik dari Bangladesh), dan lain-lain. Bahkan al-Marhum Said Hawwa dalam kitabnya al-Rusul dan juga Allah Jalaluhu dan As-Syahid Syed Qutb dalam kitabnya Tasawwur al-Fani Fil Quran menjelaskan hubungan antara al-Quran dan sains. Orang lebih biasa dengan Haron Yahya (Adnan Okhtar) bila bercakap tentang Quran dan sains sebab buku beliau telah banyak diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Di Timur Tengan, persidangan tentang Quran dan Sains (al-Mu'ytamar al-I'jaz al-Ilmiyy Fil Quran Wa Sunnah nabawiyyah) setakat ini telah diadakan sebanyak 7 kali yang kali terakhir di Kuwait. Sebenarnya fenomena diskusi tentang Quran dan sains merupakan fenomena yang baru di Asia Tenggara, antara sebabnya ialah tradisi kita ialah kita MEMBACA AL-QURAN SEBAGAI IBADAH BUKAN MEMBACA AL-QURAN UNTUK MENDAPATKAN ILMU PENGETAHUAN DAN MENYELAMI MAKSUDNYA, sebab itulah i masyarakat kita memang tidak memahami ayat-ayat yang berkaitan dengan sains walaupun umpamanya ayat tersebut sememangnya menyuruh manusia untuk mengkaji alam.
Lihat contoh ayat berikut:




Maksud ayat ini:
Dan matahari beredar mengikut garis peredarannya ini adalah takdir Tang Maha Hebat Dana Maha Mengetahui

Bagaimanakah kita seharusnya memperjelaskan ayat ini. Pelajar-pelajar di universiti, di kolej dan di sekolah belajar bahawa matahari tidak bergerak dan yang bergerak ialah bumi mengelilingi matahari. Aapakah jawapan yang akan kita berikan ialah Sains tak betul, yang betul al-Quran!. Apa buktinya Quran itu betul? Adakah nak paksa orang percaya dan yakin dengan Quran tanpa bukti? Allah s.w.t. memerintahkan manusia untuk menggunakan akal untuk mencari bukti kebenaran agama Allah seperti yang dinyatakan dalam surah al-Jathiyah ayat 1 hingga 6

7 comments:

  1. salam.

    kritik terhadap fahaman 'Bucaillisme' (perbandingan Al-Quran dengan sains) dibuat atas sbb golongan yg dikatakan berfahaman 'Bucaillisme' itu (termasuk Dr) seolah-olah menyandarkan kebenaran Al-Quran mengikut bukti sains.

    Persoalan yg perlu dijawab - bagaimana jika 'bukti' sains yg disamakan dengan maksud ayat Al-Quran itu sebenarnya silap? Adakah kita akan mengakui Al-Quran juga silap?

    ReplyDelete
  2. Jawapan:
    Kitab al-Quran telah ditafsirkan oleh ramai ahli tafsir. Ada tafsir yang memasukkan unsur-unsur mitologi Greek dan juga Israeliat. Ia tidak menjejaskan al-Quran.

    Ilmu sains adalah ilmu Allah. Apa yang dinyatakan adalah berdasarkan kepada penemuan yang established. Maka tidak ada isu tentang teori. Memang benar teori itu mungkin betul mungkin salah, tetapi apabila ia telah mencapai tahap penemuan, maka ia tidak berubah.

    ReplyDelete
  3. Tidaklah mungkin Al Quran yang berasal dari ALLAH SWT itu keliru, yang keliru adalah otak otak dan hati hati manusia kafir yang berusaha menentang kebenaran isi Al Quran.

    Sudah banyak ilmuwan beragama lain yang memeluk Islam, karena pembuktian mereka bahwa Al Quran 100% benar.

    ReplyDelete
  4. Bumi ada orbitnya mengelilingi matahari. Matahari ada orbitnya mengelilingi pusat Galaxy Milky Way - mengikut teori pada masa ini.

    ReplyDelete
  5. Assalamulaikum....jadi adakah kaedah bucaillism boleh digunakan dalam berdakwah...cthnya kebanyakan dialog antara Islam dan Ateis dimana orang fahaman ateis lebih cenderung menggunakan logik sains

    ReplyDelete
  6. Apakah pandangan golongan bucaillesime terhadap penafsiran ayat2 alquran?

    ReplyDelete
  7. Bucailisme harus didorong lebih banyak lagi. Karena 1000 ayat tentang sains belum tergali, dan ini kotak pandora yang akan menginspirasi dan mendorong peradaban muslim, kalo ayat2 hukum, fiqih dan tasawuf yg memikirkan kematian yg sudah pasti itu sudah banyak ditafsirkan. Nah... yg masih miskin penafsiran adalah ayat2 tentang alam semesta, sains dll.

    https://oakunambahilmu.wordpress.com/


    ReplyDelete